Wednesday, June 25, 2014


Pada Khamis 20 Mac 2014 telah diumumkan keputusan SPM 2013. Secara keseluruhanya terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang mendapat semua A iaitu seramai Empat orang. Manakala skor GPS pula adalah 3.37. Dilampirkan dibawah adalah analisis keputusan SPM 2013. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar.

Sejarah Sekolah Menengah Agama Marang

         Email

PrintSejarah Sekolah


PENGENALAN
Pada 6 September 1965, telah diadakan satu perjumpaan di rumah UMNO Marang.Satu penubuhan Jawatankuasa Penaja Sekolah Arab Marang telah dilantik dan ianya terdiri daripada :
BILNAMAJAWATAN
1Yang Berhormat Encik Nordin Bin Hj MohdYang Dipertua
2Encik Othman Bin YaakobNaib Yang Dipertua
3Encik Shafie Bin Abdul GhaniSetiausaha
4Tuan Haji Hassan Bin Abdul GhaniBendahari
5Encik Abdul Rahman Bin LongAhli Jawatankuasa
6Encik Abdul Majid Bin AliAhli Jawatankuasa
7Tuan Haji Mokhtar Bin Haji SaidAhli Jawatankuasa
8Tuan Haji Ibrahim Bin Haji AhmadAhli Jawatankuasa
9Yang Mulia Syed Omar Bin Abdul RahmanAhli Jawatankuasa
10Encik Muda Bin KastamAhli Jawatankuasa
11
Encik Sulong Bin Hassan
Ahli Jawatankuasa
16 November 1956
Mesyuarat Jawatankuasa ini mengambil keputusan memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk menubuhkan sebuah sekolah arab di Marang. Jawatankuasa ini berjaya mendapatkan bangunan di kawasan Balai Polis Marang untuk dijadikan bangunan sekolah ini.
1 Julai 1958
Tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Marang dengan 40 orang pelajar dan seorang guru iaitu Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Bin Long
12 Julai 1963
Bangunan baru (di tapak sekarang) mula digunakan
12 Julai 1964
Sekolah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Ibrahim
Tahun 1970
Guru Besar kedua telah dilantik pada 12 Januari 1970 iaitu Haji Mohd Noor Bin Haji Umat
Tahun 1973
Guru Besar ketiga telah dilantik pada 20 Februari 1973 iaitu Haji Mohd Salleh Bin Hasan
Tahun 1976
Sebuah asrama puteri dan bangunan makmal telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1977
Tahun 1978
Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal telah dibina. Siap pada akhir tahun 1982
Tahun 1989
5 buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah iaitu asrama puteri, bangunan sekolah 3 tingkat (blok C), kantin asrama dan 2 buah rumah guru serta padang bola sepak
Tahun 1990
Hanya satu sesi pembelajaran diwujudkan setelah bangunan baru siap pada akhir tahun 1989 yang mana sebelum ini dua sesi iaitu pagi (Tingkatan 3-5) dan sesi petang (Tingkatan 1&2)
Tahun 1992
Bengkel kemahiran hidup, bangunan sekolah 4 tingkat, Bilik Komputer, Bilik Sumber dan Bilik Pengawas mula digunakan sepenuhnya
Tahun 1993
Bilangan guru di Sekolah Menengah Agama Marang adalah seramai 56 orang, terdiri daripada 20 orang guru lelaki dan 36 guru perempuan.Manakala pelajarnya pula ialah seramai 921 orang

         Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SMKASAM) telah mencapai akademik dengan cemerlang iaitu 36 calon yang telah mendapat straight 'A' dalam peperiksaan SPM.Sekolah ini telah mendapat tempat pertama bagi Peringkat Negeri.


          Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek merupakan sebuah sekolah agama di Jalan Budiman..
         Moto bagi sekolah ini ialah iqra',usjud,iqtarib yang bermaksud baca,sujud dan dekatkan diri kepada Tuhan.. 

  




                 Pada 22 Mei 2014,Sambutan Hari Guru peringkat sekolah memang cukup meriah buat warga sekolah Sekolah Menengah Agama Marang..


 Sambutan ini dimulakan dengan bacaan yasin,solat hajat,ceramah pada waktu pagi..



 

Tuesday, June 24, 2014

           Watikah pelantikan Pengawas Sumber Sekolah telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Marang pada 9 Febuari 2014..Pelantikan PSS ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Nor Bin Wan Ismail iaitu Penolong Pesuruhjaya Teknologi dan Maklumat MAIDAM Terengganu.Majlis ini berlangsung dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Mohd Hanis Bin Mohd Delana.Pelantikan ini amat bermakna buat warga SMAM.

              Moga dengan pentauliahan ini diharap para pengawas pusat sumber sekolah akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan dan memberikan perkhidmatan yang diamanahkan kepada mereka dalam membantu pengurusan pusat sumber sekolah dengan baik sekali.